BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 1, 2009

Annual Dinner & Family day

Assalamualaikum... Saya harapkan rakan-rakan semua berada dalam kandungan sihat sejahtera....Entry kali ini tak sempat lagi la nak cerita pasal deko rumah...lagipun saya cuma baru je nak berjinak-jinak dgn english home deko ni.. lagipun skrang ni lum dok umah sendiri..jadi sekadar simpan hasrat dan tak banyak lagi koleksi... Entry kali ni cuma nak kongsi kenangan minggu lepas.. saya ke bukit merah lake town resort, kat taiping. perak.. bolehlah kawan-kawan semua nak bawa anak-anak bercuti kat sana...My husband's company ada buat family day kat sana...Hari tu pun singgah umah sepupu my hubby, Tg. Mahmud dan K. Ani..wow rumah dia cantik sekali..penuh dengan barang-barang dan hiasan koleksi english home deko...tak berkesempatan juga nk ambik gambar.. kamera dah takleh guna masa tu, tak taulah apa problemnya...Tahniah k.ani..dpt hias rumah cantik begitu sekali...InsyaAllah kami akan sampai lagi rumah k. ani... .Kat sini saya nak kongsi kenangan tu dgn kawan2...tapi gambar-gambarnya cuma masa annuar dinner sahaja... gambar kat water park dlm kamera anak buah, tak sempat nak save..nanti entry lain kali saya akan upload gambar2 tu pulak...dapatlah saksikan keseronokan anak-anak mandi kat sana....

Ramai..dan meriah keluarga "Specific Resources Sdn. Bhd...Puas hati makan, hilang rasa penat dtg jauh dari Kuala Lipis....
Anak sulung (damia dan adiknya...makan kenyang-kenyang dulu baru posing..)
Dah kekenyangan dan mengantuk anak lelaki yg sorang ni..Persembahan nyanyian dan tarian pun ada bagi memeriahkan suasana...sgt happening..

Dah habis makan...alhamdulillah kenyang...macamane nak diet ni..dari hari raya hari tu lagi tak habis-habis makan-makan-makan...
K.Uji dan Yah...makan ya jgn tak makan...

Ok...lain kali kita jumpa lagi dgn entry yang lebih menarik... Oh ya lupa cerita hari raya hari tu tak sempat nak mskkan lagi..Dah nak raya haji pulak..nantilah, kalau ada kesempatan....msk sama-sama dgn gambor raya haji..

Wednesday, October 28, 2009

PUM DARI INSKEN

Program Usahawan Muda

Program Usahawan Muda (PUM) diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar sekolah menengah melalui penubuhan, pengoperasian dan pembubaran syarikat. Mereka digalakkan menjalankan aktiviti perniagaan secara hands-on selama sembilan bulan di sekolah. Selain itu, INSKEN juga membangunkan kiosk sebagai premis untuk para pelajar menjalankan perniagaan di kawasan sekolah. Di antara program yang dijalankan di bawah PUM adalah Kursus Training Of Trainer (TOT), Kursus Ahli Lembaga Pengarah (ALP), Konvensyen PUM Peringkat Negeri, Konvensyen PUM Peringkat Nasional, Kem Keusahawanan, Ekspo dan Lawatan. Pencapaian aktiviti PUM pada tahun 2007 adalah seperti di Jadual 2.

Peserta Program Usahawan Muda

Kategori

Orang

Sekolah

574

Pelajar

16,169

Guru Pembimbing

1.160

Syarikat

580

Jadual 2

PROGRAM USAHAWAN MUDA

Program Usahawan Muda

..::Pengenalan::..


Program Usahawan Muda (PUM):-
  • Satu strategi jangka panjang ke arah mencapai matlamat pembentukan budaya keusahawanan dari peringkat sekolah
  • Dibentuk berasaskan penyelidikan dan pengalaman bahawa keusahawanan boleh dibangunkan melalui pendidikan dan latihan
  • Dijangka dapat membantu negara dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti usahawan ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020
Proses pembentukan budaya keusahawanan bermula dari peringkat awal sebelum persekolahan sehinggalah seseorang itu menceburkan diri dalam perniagaan sebenar dan seterusnya ke peringkat pertumbuhan dan pengembangan.
Budaya keusahawanan yang tinggi akan dapat melahirkan ramai usahawan yang berjaya selaras dengan hasrat pengujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

ORIENTASI LOGO PUM ADALAH BERBENTUK PIRAMID
MELAMBANGKAN KEKUATAN DAN KUALITI


..::Objektif Program Usahawan Muda (PUM)::..

  • Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan di kalangan peserta
  • Meningkatkan kemahiran & pengetahuan bagi memulakan dan melaksanakan perniagaan dengan berkesan
  • Menyediakan peluang pembelajaran keusahawanan melalui pengalaman
  • Menimbulkan minat peserta terhadap keusahawanan sebagai pilihan kerjaya yang utama
  • Melahirkan usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju
  • Memupuk nilai etika murni dalam amalan perniagaan

..::Model Pelaksanaan Program Usahawan Muda (PUM)::..


Pelaksanaan Program Usahawan Muda (PUM) adalah merupakan kerjasama antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia serta Bahagian / Jabatan / Agensi di bawah kedua-dua Kementerian.

..::Carta Aliran Kerjasama::..


..::Struktur dan Strategi Pelaksanaan Program Usahawan Muda (PUM)::..

  • Buku Amalan Keusahawanan yang menghuraikan secara ringkas langkah-langkah yang perlu diambil oleh seseorang yang ingin menjadi usahawan
  • Sokongan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berbentuk kewangan, infrastruktur, maklumat dan latihan
  • Kursus khas yang dikelolakan oleh agensi-agensi pendokong program untuk membekalkan kemahiran-kemahiran khusus kepada bakal usahawan
  • Bimbingan dan kaunseling yang dikendalikan oleh fasilitator program untuk usahawan muda yang menghadapi masalah pengendalian perniagaan dari semasa ke semasa
  • Sistem pemantauan dan penilaian yang diwujudkan oleh pendokong untuk menjejaki perjalanan dan keberkesanan program
  • Konvensyen dan pengiktirafan yang dirancang pada akhir tahun untuk memilih usahawan berpotensi dan memberi pengiktirafan sebagai dorongan

KENANGAN KONVENSYEN PUM NATIONAL 2008




Program Usahawan Muda adalah Kelab dan persatuan yang dijalankan sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum yang di adakan di sekolah. sebagai seorang guru pembimbing, saya dan seorang lagi guru pembimbing iaitu cikgu taufik bertanggungjwb untuk membawa pelajar-pelajar ini meraih sebanyak mungkin pengalaman dalam selok belok perniaagaan.. Sebagai kemuncaknya sekolah kami berjaya untuk empat tahun berturut-turut mewakili negeri pahang ke peringkat nasional bagi Konvensyen Usahawan Muda. Pada tahun 2008, diadakan di Uitm Shah Alam. Di sini saya nak kongsi sedikit kenangan semasa konvensyen tersebut.

Persiapan terakhir untuk Persembahan Laporan Tahunan Syarikat.



Sekitar Uitm Shah Alam....




Persembahan Laporan Tahunan Syarikat
Kontinjen Pahang...

KAEDAH BELAJAR UNTUK MIKRO EKONOMI

KAEDAH BELAJAR UNTUK MIKRO EKONOMI – SATU CADANGAN
Oleh Rithuwan Bin Nasir
Hak cipta terpelihara
http://mikroekonomistpm.wordpress.com
NOTA : Artikel ini diubahsuai dari artikel asal tulisan saya sendiri bertajuk, “BAGAIMANA MERANCANG MEMPEROLEH GRED CEMERLANG UNTUK MIKROEKONOMI (ATAU LULUS PENUH)” yang pernah diterbitkan online sejak bulan September 2008. (kini ditarik siaran dan diganti dengan artikel ringkas ini)
PENGENALAN
Ramai calon mengatakan Ekonomi STPM sukar. Malah ada yang mendakwa bahawa Makroekonomi lebih senang berbanding Mikroekonomi. Dengan kata lain, subjek ekonomi susah, dan antara yang tersusah adalah Mikroekonomi. Sebelum sifu membangkang kata-kata itu, adalah lebih baik jika sifu nyatakan di sini matlamat pembelajaran Mikroekonomi yang mungkin telah dilupakan pelajar.
Kenyataan 1
“Mikroekonomi juga dikenali sebagai teori harga. Aspek harga yang dibincangkan adalah tentang harga output dan harga faktor atau input. Dalam sukatan pelajaran STPM, isu dan persoalan mengenai harga input dibincangkan dalam teori agihan. Antara perkara yang turut dibincangkan termasuk aspek penentuan upah, sewa, kadar bunga dan untung. Sebahagian besar daripada perbincangan mikroekonomi sebagai teori harga memfokus kepada pasaran output. Dua pemboleh ubah utama dalam menentukan harga output di pasaran ialah permintaan (DD) dan penawaran (SS). Keseimbangan tercapai apabila SS = DD.”
Kenyataan 2
“Seperti dinyatakan sebelum ini, ilmu ekonomi merupakan satu bidang sains sosial yang mengkaji gelagat pelaku ekonomi yang kompleks. Walaupun kompleks, gelagat pelaku ekonomi di dalam aktiviti ekonomi dapat dijangkakan melalui pembentukan teori. Dengan menggunakan teori, isu dan permasalahan ekonomi dapat dicerap dan dianalisis dengan jelas. Teori ekonomi dapat dinyatakan dan dianalisis dengan menggunakan tiga kaedah, iaitu melalui kaedah pernyataan, analisis dengan menggunakan jadual dan rajah serta analisis dengan menggunakan kaedah persamaan matematik.”
Sepanjang pembelajaran mikroekonomi, anda akan dapati kita membincangkan tentang hubungan antara harga dengan kuantiti. Dalam pasaran barang, harga sesuatu barang semasa boleh mempengaruhi permintaan atau penawaran barang tersebut, sekali gus menentukan jumlah kuantiti yang diminta atau ditawarkan mengikut unit ekonomi yang dibincangkan. Dalam pasaran faktor pula harga buruh adalah upah dan kuantiti buruh adalah bilangan orang yang sanggup bekerja. Sekali lagi dalam mikroekonomi, kita membincangkan bagaimana harga buruh boleh mempengaruhi kuantiti buruh dalam pasaran. Begitu juga dengan faktor lain seperti tanah, modal dan usahawan. Harga tanah adalah sewa yang diterima dalam nilai wang. Kuantiti tanah pula adalah keluasan tanah tersebut seperti hektar. Modal pula, harga modal ialah faedah yang diterima dalam nilai wang juga manakala kuantiti modal adalah sejumlah wang yang dilaburkan. Jelas di sini perbincangan dalam mikroekonomi tetap berfokuskan kepada hubungan harga dengan kuantiti di mana fokus sukatan adalah lebih menjurus kepada pasaran barang.
Memandangkan ilmu ekonomi peringkat STPM adalah setahap dengan pembelajaran pra-universiti, maka sudah pastilah pengisian pembelajaran turut diperluaskan dan kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar telah digariskan oleh pihak kementerian berwajib.
Persoalan yang ingin dijawab ialah mampukah anda memperoleh gred “lulus penuh” atau akan tercapaikah impian anda memperoleh gred A dalam mikroekonomi dan ekonomi itu sendiri. Jawapannya ialah boleh. Sifu yakin ia boleh dicapai. Apa kata kita mula bercerita tentang potensi ini, teknik menyediakan nota belajar yang betul.
Amalkan Teknik Belajar yang Betul
Berdoa sahaja tanpa usaha tak akan membawa perubahan yang besar, ya tak. Belajar tu belajar juga, tapi tak semestinya belajar yang anda amalkan sekarang adalah teknik yang betul atau satu-satunya teknik terbaik. Teknik belajar BUKAN HANYA dengan membaca. Dan bukan pula baca dan terus baca dan terus baca dan terus baca.
Teknik ulang kaji yang betul ialah baca, buat catatan ringkas, jawab soalan peneguhan sendiri. Dalam subjek mikroekonomi pula, mana-mana topik yang menyediakan rajah atau keluk maka ia mesti dilukis semula semasa anda ulang kaji. Pastikan anda sediakan banyak kertas untuk melakar keluk-keluk atau membina semula jadual yang disediakan. Anda harus menyedari ilmu ekonomi tak akan sama dengan ilmu bahasa dan tak akan serupa dengan ilmu matematik. Maka kaedah belajar bahasa tak semestinya 100% serupa dengan teknik belajar matematik, apatah lagi ekonomi.
Dalam subjek mikroekonomi, setiap kali anda membuat pembacaan, pastikan anda turut membuat catatan ringkas tentang bacaan anda. Tindakan menggaris kata kunci di atas buku rujukan sebenarnya TIDAK cukup. Anda harus menulis semula apa yang anda sedang pelajar secara kasar pun tak apa. Ia membantu anda fokus, dan dengan rangsangan deria rasa, penglihatan dan pendengaran, otak anda akan dapat menyimpan fakta tersebut dengan lebih baik lagi berbanding hanya dengan pembacaan yang statik.

Tapi ingat, nota kemas lain, lakaran lain. Catatan di atas itu adalah satu teknik merangsang otak, tetapi ia boleh dijadikan nota jika tulisan anda sememangnya cantik dan mudah dibaca. Tetapi sifu harus tegaskan di sini, jika anda fokus hanya buat nota, maka ini bukanlah masanya. Boleh tu boleh, tapi seperti tak sesuai pula. Buku rujukan anda sudah boleh membantu anda, dan catatan nota seperti di atas sebenarnya sudah boleh menggantikan nota ringkas anda, jika anda rancang catatan anda supaya tersusun kemas seperti contoh di bawah.

Contoh catatan yang boleh dijadikan nota ringkas.
Perhatikan sifu gunakan pelbagai warna. Sebenarnya ia teknik tambahan yang baik, kerana kajian mendapati rangsangan warna dapat membantu peningkatan daya ingatan. Tetapi jika anda hanya memiliki hanya sebatang pen atau pensil, ia juga sudah mencukupi. Tak perlu risau sangat.
Tetapi apa yang penting ialah JANGAN ABAIKAN KELUK. Ilmu ekonomi menggunakan keluk untuk menyampaikan maklumat dalam bentuk ringkas dan padat. Juga anda mesti belajar MEMBACA KELUK dan menulis huraiannya. Selalunya buku rujukan akan menunjukkan penerangan bagi setiap keluk. Pendekatan yang sama boleh digunakan. Di bawah ini sifu tunjukkan bagaimanakah proses ulang kaji anda bermanfaat, contohnya latihan esei.

Perhatikan bahawa pelajar ini berlatih tulisan esei. Dalam esei panjang, soalan yang kerap ditanya berkaitan Bab Pasaran Persaingan Sempurna akan menghendaki pelajar melukis rajah dengan TEPAT dan menghuraikan rajah tersebut. Perasan tak, jawapan tak semestinya berjela-jela panjang sehingga 150 patah perkataan. Esei ekonomi dipermudahkan kerana adanya lukisan keluk tadi. Jika tidak mungkin anda terpaksa mengarang esei seperti 300 patah perkataan. Apa yang ditulis oleh pelajar adalah dengan memastikan 4 perkara yang bersangkutan dengan rajah itu dinyatakan dalam satu hingga dua perenggan ayat. Oh ya, rajah yang pelajar itu lukis adalah contoh semasa ulang kaji, tetapi jawapan sebenar TAK BOLEH ‘sekotor’ itu. Tak boleh ada catatan atau garis-garis tambahan. Ia haruslah kemas seperti berikut:

Oh ya, dalam peperiksaan sebenar pelajar mesti lukis keluk itu dengan menggunakan pembaris ya, jangan pula seperti lakaran di atas.
Dengan kata lain, dalam amalan teknik ulang kaji yang betul, pelajar mesti membaca, merangsang dan melakukan peneguhan yang berterusan untuk diri sendiri.


Kerap berjumpa Guru Untuk Bimbingan Berterusan
Setiap minggu sifu sarankan agar anda berlatih menulis jawapan esei mungkin dengan memilih soalan sebenar STPM dahulu. Jujurlah ketika melakukannya dan jika perlu rujuk guru untuk mendapatkan maklum balas dari guru, sama ada prestasi jawapan anda bertambah baik atau sebaliknya. Oh, oleh sebab ia tindakan sukarela anda, pastikan anda jumpa guru dalam keadaan bersedia dan guru juga bersedia. Sebaiknya tanya satu soalan pada satu-satu masa. Mohon guru anda periksa ‘on the spot’ hanya satu soalan dahulu setiap kali berjumpa dengannya. Jika anda dah berlatih 5 soalan esei panjang dengan jujur (tanpa meniru buku contohnya), maka berilah pula masa, sehari-dua untuk beliau menyemak kertas jawapan anda. Ia lebih baik dari tergesa-gesa meminta guru menyemak terus. Jika nak respons terus, ikut tips sifu: satu soalan untuk satu masa perjumpaan. Ia akan mengambil masa kurang dari 10 minit.
Pupuk Minat Terhadap Subjek dipelajari
Satu perkara yang pasti ialah semua pelajar mesti timbulkan minat terhadap subjek yang dipelajari. Sifu dapati jika kita minat terhadap sesuatu subjek, mudah untuk kita pelajarinya dan mudah untuk kita mencipta kejayaan di dalamnya. Pengalaman sifu mengajar sifu tentang perkara ini. Mana-mana subjek atau bahagian ilmu yang sifu minat, mudah untuk sifu faham, ingat dan mahir. Malahan kalau di universiti dulu, subjek sebegini sifu pasti akan dapat A. Oleh itu apabila sifu menyedari kekuatan ini, sifu cuba amalkan kepada subjek yang susah. Rupa-rupanya kesukaran belajar itu disebabkan ketiadaan minat terhadap subjek itu. Selepas menyedari kepincangan itu, sifu cuba teknik ini, mencipta minat ke atas subjek yang dianggap bosan. Kejayaan agak minimal tetapi itu lebih baik dari tidak ada minat langsung. Dari situ sifu dapati prestasi sifu mengingati fakta meningkat, kefahaman sifu meningkat dan keupayaan sifu menjawab soalan peperiksaan semakin baik. Malangnya tempoh masa adalah singkat. Setiap semester sifu akan berjumpa subjek baru yang kurang menarik. Maka proses yang sama iaitu memupuk kecintaan terpaksa dimulakan lagi untuk subjek baru pula. Sekali lagi kejayaan pelbagai, ada yang minimal ada yang memberangsangkan, dan ada juga kejayaan luar biasa! Perkara sebegini sememangnya dijangka berlaku.
Seperti juga bercinta. Perasaan cinta terhadap seseorang tak mudah untuk dipupuk. Masih mudah untuk memupuk perasaan sayang jika individu yang berkaitan mempunyai ciri-ciri yang menarik, tetapi jika kita dah benci dengannya, cantik atau baik hati bagaimanapun si dia, kita akan tetap menghindarkan diri darinya. Difahamkan ia adalah kesan psikologi seseorang. Oleh itu sifu akur bahawa kejayaan menggunakan teknik ini amat bergantung pada tahap kematangan psikologi individu berkenaan. Dipercayai jika pelajar itu dari golongan pemaaf, mudah untuk menukarkan perasaan tak suka kepada minat dengan subjek yang dipelajari, dengan teknik yang betul. Sebaliknya pelajar yang agresif dan mempunyai keras hati, maka sukar menggunakan teknik ini. Tetapi jangan risau, kerap kali walaupun benci, tetapi selagi memiliki matlamat untuk berjaya, subjek yang sukar itu masih mampu ditukar kepada subjek yang cemerlang.
Tempoh masa juga memainkan peranan. Di sekolah terutamanya bagi pelajar STPM, sifu yakin teknik mencari cinta itu sesuai kerana tempoh masa pendidikan yang panjang. Mulakan dengan penetapan cita-cita, mencari alasan untuk meminati subjek itu. Antara cara yang sifu sarankan adalah supaya pelajar awal-awal mencari maklumat kemasukan ke IPTA. Dapatkan maklumat subjek yang penting dipelajari dan tetapkan bahawa anda suka belajar subjek itu kerana ia adalah syarat masuk ke ijazah yang anda ingin pohon. Teknik lain ialah pemilihan buku yang menarik. Tapi semua itu adalah masalah persepsi, oleh itu atasi dengan sebaiknya. Jangan biarkan persepsi negatif mengaburi kewujudan manfaat sebenar yang diperoleh dalam pencarian ilmu pengetahuan. Insyaallah, walaupun subjek itu diuar-uarkan sebagai sukar, kill subjek, dan anda pula tak pernah mempunyai asas ilmu, percayalah apabila sifu katakan pelajar yang berjaya meminati subjek sukar tersebut akan terkejut dengan kemampuan beliau. Hanya dengan belajar sedikit-sedikit mereka cepat faham. Hanya dengan memberi penumpuan di dalam kelas mereka menjadi faham. Kenapa ya? Sebab mereka itu mempunyai perasaan yang positif, pemikiran yang positif dan persepsi yang positif terhadap subjek tersebut. Kepada orang lain, mereka dianggap pandai dan kuat belajar. Kepada diri mereka sendiri mereka hanya perlu amalkan ‘study smart’.
PENUTUP
Artikel ini ditulis untuk memenuhi harapan pelajar sifu dan pengunjung blog yang meminta tips belajar. Penulisan sifu menjurus kepada isi yang hendak disampaikan. Sifu menganggap diri ini sebagai seorang pengatur strategi, ataupun bolehlah dipanggil Guru Strategis. Fokus sifu sekarang ialah menyelesaikan masalah pelajar yang idamkan kejayaan tetapi tak pasti bagaimana nak lakukannya.
Sepanjang sifu menjadi guru tingkatan enam, sifu dapati teknik dan pendekatan strategik yang sifu sarankan untuk pelajar ‘lemah’ atau ‘lemah semangat’ membuahkan hasil. Walaupun sifu tak dapat memantau calon-calon lepas sama ada mereka ada benar-benar mengulang kaji di rumah atau tidak, tetapi yang sifu pasti ialah pelajar yang masih mengikuti kelas tambahan yang sifu anjurkan (percuma) dan mengikuti tips-tips bab popular dan kaedah belajar yang betul, pada akhirnya terkejut kerana sepanjang 1 ½ tahun di sekolah, mereka sukar mendapat C- pun, tapi alih-alih mereka dapat C+. Ada juga yang hanya C yang mana memuaskan hati mereka. Tapi sifu percaya mereka ini tak cukup bersedia kerana jika mereka benar-benar menguasai beberapa topic utama, sifu yakin mereka boleh mencapai sekurang-kurangnya gred B-. Ia pernah berlaku dan tak mustahil berlaku lagi.
Sebenarnya anda sebagai pelajar pra-U memainkan peranan diri sendiri lebih banyak dari peranan yang sepatutnya guru mainkan, untuk menjayakan misi cemerlang anda. Jika pelajar STPM masih bertingkah laku seperti pelajar PMR atau SPM maka sukarlah guru membantu anda menguasai subjek-subjek STPM. Teknik belajar hendaklah disesuaikan mengikut peringkat pengajian anda. Ingatlah, bukan hanya anda yang bakal memohon program ijazah di IPTA atau IPTS. Pelajar matrikulasi dan program asasi adalah saingan setaraf dengan anda. Mereka juga bekas pelajar SPM dan belajar di peringkat pra-u. Di samping itu, siswazah lepasan diploma yang menyambung pengajian ke ijazah juga adalah pesaing yang tak boleh dipandang ringan. In belum lagi mengambil kira penempatan yang amat terhad. Empat saluran permohonan berlumba ke arah satu tujuan. Dalam keadaan desakan IPTA meningkatkan kualiti mereka, mereka juga memerlukan pelajar/siswazah yang berkualiti juga untuk masuk ke IPT masing-masing. Pastikan anda adalah salah seorang dari mereka yang cemerlang supaya ‘survival’ anda di IPTA boleh diteruskan dengan lebih meyakinkan lagi. Amalan pembelajaran yang bijak, cekap dan berkesan membolehkan anda menjadi pelajar yang cemerlang, tak perlu dengan usaha yang keras, tapi cukup dengan usaha yang jujur dan bijak. “Study smart all the time (but not smart cheating), only then you know what study hard means.”
Akhir sekali sifu ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelawat blog sifu, http://mikroekonomi.wordpress.com yang menyokong usaha sifu. Juga diucapkan terima kasih kepada pembaca tips ini kerana kesudian anda membaca tulisan sifu yang panjang ini. Sepertimana anda dah maklum, sifu bukanlah penulis profesional. Oleh itu maafkan di atas kesilapan bahasa mahupun kepincangan idea. Sekian.
Tips Menjawab Esei
Ketika menjawab soalan esei ringkas atau esei panjang, pelajar haruslah merancang jawaban dengan baik. Jika soalan memerlukan bantuan rajah dalam bentuk lakaran, pelajar dikehendaki menyediakan rajah itu dengan sempurna, lengkap dan tepat. Pelajar harus memastikan setiap keluk yang disediakan mempunyai label, penanda yang betul mengikut penanda universal, dan penanda umum yang dibenarkan. Apakah dia penanda universal? Selalunya penanda DD boleh digunakan untuk keluk permintaan. Penanda MC adalah digunakan untuk menunjukkan keluk kos sut. Pelajar dilarang sama sekali mencipta simbol sendiri menggantikan penanda universal, dikhuatiri ia tidak dapat diterima oleh pemeriksa. Ada segelintir pelajar menukarkan simbol MC dengan KS. Walaupun ia dianggap betul oleh pelajar, tidak semestinya diterima oleh pemeriksa. Oleh itu adalah dinasihatkan semua pelajar Ekonomi STPM menggunakan simbol-simbol atau penanda universal ini sepenuhnya.
Timbul pula persoalan simbol dalam persamaan atau formula. Anda dinasihatkan supaya menulis formula SEPENUHNYA, bukannya mengambil formula shortcut seperti dalam buku tanpa menyatakan terlebih dahulu formula asal. Contohnya formula berkaitan yang sering ditanya ialah keanjalan permintaan harga atau keanjalan penawaran harga/keanjalan harga penawaran.
Jika soalan menghendaki anda menghuraikan beberapa perkara, contohnya faktor penentu permintaan, maka anda dinasihatkan supaya menulis jawapan anda dalam format berikut:
1. Harga barang itu sendiri
Harga barang itu sendiri ……[huraian ditulis dalam 1 perenggan sahaja]
2. Harga barang lain
Harga barang pengganti boleh ….. [huraian ditulis dalam 1 perenggan, kemudian]
Begitu juga dengan harga barang penggenap seperti …..[huraian dalam perenggan 2 utk faktor 2]
Begitulah seterusnya. Nasihat ini sejajar dengan teguran pemeriksa ekonomi STPM . Format di atas mudah diperiksa dan mempercepatkan pemeriksa membaca jawapan anda.
Untuk soalan yang serupa, “terangkan faktor penentu permintaan” tadi, JANGAN sekali-kali menulis jawapan dalam 1 perenggan panjang seolah-olah anda sedang menulis untuk karangan BM. JANGAN! Ia hanya menyukarkan anda sendiri menulis 5 atau 6 faktor sekaligus. Malah ia juga menyumbang kepada kehilangan markah kerana kesukaran pemeriksa mengenalpasti point atau huraian yang ingin anda sampaikan.
Soalan yang meminta pelajar menerangkan persamaan atau perbezaan (soalan perbandingan) hendaklah dijawab dalam urutan berperenggan juga. JANGAN sekali-kali menggunakan format JADUAL. Jangan! Dalam pemeriksaan ekonomi STPM, ia TIDAK diterima. Awak akan diberikan markah 0 (sifar) kerana itu. Difahamkan rasional pemeriksa menolak jawapan sebegitu, antara lain ialah, pelajar gagal menunjukkan kefahaman mereka tentang perbezaan atau persamaan secara intelektual dan berurutan.
Sifu nasihatkan pelajar jangan membandingkan ekonomi STPm dengan subjek STP lain.PELAJAR EKONOMI MESTI SEDAR BAHAWA kehendak penulisan jawapan BERBEZA daripada kertas pengajian perniagaan atau sejarah. Jika anda ingin semua jawapan anda diterima oleh pemeriksa ekonomi STPM yang sebahagiannya terdiri dari pensyarah universiti, maka ikutilah nasihat sifu di atas.
Setakat ini dulu, sifu akan tambah mana yang perlu dilain ketika
Esei Panjang- Bhgn1
Pop Kuiz 1
Minggu lepas sifu menjalankan strategi panitia iaitu membimbing pelajar bagaimana menyediakan jawapan esei pendek dan panjang. Untuk memastikan sifu mengetahui sama ada usaha itu dapat digunakan oleh pelajar 6 bawah, sifu mengadakan ujian pendek dipanggil Pop-Kuiz no.1.
Berikut adalah soalan yang sifu sediakan untuk 40 minit. Actually tempoh diberi panjang jika diambil kira faktor 1 markah x 1.5 minit.
Soalan 1
(a) Nyatakan sistem ekonomi yang diamalkan di dunia (2m)
(b) Terangkan ciri-ciri sistem ekonomi pasaran bebas (8m)
Soalan 2
Dengan menggunakan rajah yang sesuai, terangkan bagaimana sebuah masyarakat ekonomi dapat mengatasi masalah pengeluaran 2 jenis barang (10m)
Dari latihan (exercise) itu sifu dapat simpulkan beberapa kelemahan utama pelajar sifu kelas 6 bawah 2008 :
1. Penggunaan bahasa penulisan yang tidak baik. Sukar untuk sifu, sebagai pemeriksa, memahami secara langsung isi yang cuba disampaikan oleh sesetengah pelajar.
contoh, Sistem ekonomi ini mempunyai matlamat memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos, manakala pengguna pula sebagai ‘raja’, bebas membuat keputusan apa yang diminta dan swasta akan mengeluarkan apa yang diminta.
Dilema memeriksa: Adakah pemeriksa akan menerima jawapan itu dan memberi 2 markah atau menolak jawapan tersebut kerana kesilapan konsep, 0m, atau memberi 1m sahaja kerana ada kata kunci yang ditulis oleh pelajar seperti pengguna adalah raja dan bebas buat keputusan. Bagi sifu, jawapan ini tidak sepatutnya diberi markah kerana walaupun seperti betul, tetapi tidak tepat. Sistem ekonomi tidak mempunyai matlamat, sebaliknya firma di dalam ekonomi itu yang mempunyai matlamat untuk memaksimumkan keuntungan. Pengguna adalah raja- okay tetapi kenapa tiada penerangan lanjut. Kemudian siapa yang buat keputusan? Penggunaan koma menunjukkan ia dikaitkan dgn pengguna tetapi konteks ayat itu tidak diperjelaskan dengan teliti. Untuk itu, sifu beri 0M (zero marks).
2. kesalahan konsep.
3. Sesetengah pelajar tidak mengulangkaji topik-topik yang telah pernah dibincangkan – ini menyebabkan mereka gagal.
4. tidak dapat menggunakan perkaitan KKP dengan masalah ekonomi:kurangan, pilihan dan kos lepas.
5. Ada pelajar yang mengaku belum memiliki buku rujukan. yang ini sifu hanya boleh “geleng kepala” (baca:mengomel sekejap). Tak adillah jika subjek PAM, Sejarah, Geografi dah ada buku rujukan tetapi Ekonomi tak nak beli pula!
Dilema guru : Sifu hanya mampu bergurau-dan-kecewa-dan-geram dgn mereka ala-ekonomi, inilah masalah ekonomi yang sedang dihadapi, masalah kurangan. Tetapi mereka mesti buat pilihan, jika nak memuaskan kepuasan ilmu, mereka juga mesti memilih sama ada mesti beli buku rujukan ekonomi yang murah tu (Fajar Oxford – warna merah), atau terpaksa beli buku subjek lain dan drop sahaja ekonomi. Kos lepas mereka? Cari sendiri!!! Mereka senyum je… Sifu pun senyum je…
Ringkasnya,
Jika pelajar yang mengambil subjek Ekonomi ingin mendapatkan gred tertinggi, langkah awal perlu diusahakan sejak 6 bawah lagi. Penulisan esei SPM sama sekali tidak sama dengan STPM. Kaedah pemberian markah ekonomi asas tak boleh dipakai dalam ekonomi STPM. Jika anda pernah mengambil ekonomi asas dan memperoleh gred A, tak semestinya gaya esei yang sama akan memberikan anda gred A. Jika pelajar tidak pernah mengambil subjek ekonomi asas, maka hendaklah mereka berusaha memahami konsep-konsep ekonomi dengan secepat mungkin. Bantuan awal sudah tentu dengan memiliki buku rujukan sendiri. Selepas itu, selalu merujuk kepada guru, dan akhir sekali perbaiki cara penulisan dengan mengambil kira gaya penulisan bahasa melayu yang betul.
APA-APAPUN, IANYA HANYALAH PANDANGAN SIFU SEBAGAI GURU MIKROEKONOMI. SIFU BUKANLAH PEMERIKSA MPM, SO JIKA ADA KESILAPAN DARI SEGI KOMEN INI, HARAP MAAF.
Esei Ringkas – Bhgn1
Contoh soalan
Bagaimana seseorang individu dapat menyelesaikan masalah kekurangan? [3m]
Tips menjawab:
a. Tips Guru-ingati perkara ini:
• kekurangan berkaitan masalah ekonomi-kurangan, pilihan, kos lepas
• Walaupun ditanya ttg kekurangan, pelajar mesti bangkitkan mslh pilihan dan kos lepas kerana ia saling berkait
• 3m maka hanya nyatakan ketiga-tiga secara mengikut urutan.
b. Rangka Jawapan yang mungkin
• punca kekurangan-pendapatan terhad tapi kehendak tak terhad
• cth 2 barang, barang A dan barang B (atau barang X dan Barang Y)
• Nak beli 2 barang tapi mampu 1 brg shj (kekurangan)
• pilih barang A dan lupakan barang B (pilihan)
• barang B kos lepas utk barang A
c. Skrip Jawapan yang boleh diterima (cadangan sahaja)
Individu pasti mengalami masalah kekurangan akibat sumber pendapatan terhad sedangkan kehendak tidak terhad. Katakan individu tersebut ingin meminta dua jenis barang, Barang A dan barang B. Akibat kekurangan pendapatan, individu itu hanya boleh membeli salah satu. Untuk mengatasi masalah kekurangan itu, individu itu terpaksa hanya membeli satu jenis barang, katakan memilih barang A. Maka dia terpaksa lupakan atau lepaskan barang B. Penggunaan barang A lebih memberi kepuasan berbanding barang B. Tingkah laku melepaskan barang B yang merupakan barang kedua terbaik itu menyebabkan kos lepas berlaku. Dengan kata lain, individu terpaksa membuat pilihan meminta satu jenis barang sahaja, tetapi kesannya berlaku pula kos lepas.

EKONOMI STPM
HARAP DAPAT MEMBANTU PARA GURU DAN PELAJAR UNTUK MENCARI MAKLUMAT BERKENAAN SUBJEK MIKROEKONOMI
Monday, June 15, 2009
Struktur Pasaran dan Penentuan Harga dan Output

Wednesday, October 21, 2009

sitiwajacbe.blogspot.com

Tuesday, October 20, 2009

First entry











Assalamualaikum...

Terlebih dahulu, saya ingin perkenalkan diri saya for my first entry.. Merupakan seorang guru ekonomi di Kuala Lipis.. Juga ibu kepada sepasang putera dan puteri... So... saya adakan blok ini just untuk berkongsi maklumat dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerjaya saya dan hal-hal yang berkaitan kaum hawa.. sudi-sudilah melawat ke blok saya ini tak kiralah pelajar, guru atau surirumah dan mereka yang mana berkenaan..

jadi, sebagai pengenalan.. ini foto saya dan my family, my students...