BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 28, 2009

PROGRAM USAHAWAN MUDA

Program Usahawan Muda

..::Pengenalan::..


Program Usahawan Muda (PUM):-
  • Satu strategi jangka panjang ke arah mencapai matlamat pembentukan budaya keusahawanan dari peringkat sekolah
  • Dibentuk berasaskan penyelidikan dan pengalaman bahawa keusahawanan boleh dibangunkan melalui pendidikan dan latihan
  • Dijangka dapat membantu negara dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti usahawan ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020
Proses pembentukan budaya keusahawanan bermula dari peringkat awal sebelum persekolahan sehinggalah seseorang itu menceburkan diri dalam perniagaan sebenar dan seterusnya ke peringkat pertumbuhan dan pengembangan.
Budaya keusahawanan yang tinggi akan dapat melahirkan ramai usahawan yang berjaya selaras dengan hasrat pengujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

ORIENTASI LOGO PUM ADALAH BERBENTUK PIRAMID
MELAMBANGKAN KEKUATAN DAN KUALITI


..::Objektif Program Usahawan Muda (PUM)::..

  • Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan di kalangan peserta
  • Meningkatkan kemahiran & pengetahuan bagi memulakan dan melaksanakan perniagaan dengan berkesan
  • Menyediakan peluang pembelajaran keusahawanan melalui pengalaman
  • Menimbulkan minat peserta terhadap keusahawanan sebagai pilihan kerjaya yang utama
  • Melahirkan usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju
  • Memupuk nilai etika murni dalam amalan perniagaan

..::Model Pelaksanaan Program Usahawan Muda (PUM)::..


Pelaksanaan Program Usahawan Muda (PUM) adalah merupakan kerjasama antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia serta Bahagian / Jabatan / Agensi di bawah kedua-dua Kementerian.

..::Carta Aliran Kerjasama::..


..::Struktur dan Strategi Pelaksanaan Program Usahawan Muda (PUM)::..

  • Buku Amalan Keusahawanan yang menghuraikan secara ringkas langkah-langkah yang perlu diambil oleh seseorang yang ingin menjadi usahawan
  • Sokongan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berbentuk kewangan, infrastruktur, maklumat dan latihan
  • Kursus khas yang dikelolakan oleh agensi-agensi pendokong program untuk membekalkan kemahiran-kemahiran khusus kepada bakal usahawan
  • Bimbingan dan kaunseling yang dikendalikan oleh fasilitator program untuk usahawan muda yang menghadapi masalah pengendalian perniagaan dari semasa ke semasa
  • Sistem pemantauan dan penilaian yang diwujudkan oleh pendokong untuk menjejaki perjalanan dan keberkesanan program
  • Konvensyen dan pengiktirafan yang dirancang pada akhir tahun untuk memilih usahawan berpotensi dan memberi pengiktirafan sebagai dorongan

0 comments: